Lahir di setapak, Mokhtar menunjukkan minatnya dalam bermain bola sepak pada usia awal. Beliau bermain untuk sekolah dan kemudian negerinya sendiri, Selangor. Beliau hanya 19 tahun ketika ia bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia dalam pertandingan bola sepak antarabangsa. Mokhtar telah membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan menjaringkan 177 gol. Dalam permainan antarabangsa,beliau telah membantu pasukan bola sepak bola di Malaysia dan menjaringkan 125 gol dalam 167 caps. Beliau adalah striker terbaik di Malaysia. Penyertaan pertamanya dengan pasukan bola sepak di Malaysia adalah ketika menentang pasukan bola sepak dari Sri Lanka pada tahun 1972.
Stadium Merdeka adalah rumah kedua. Gelaran "Supermokh" adalah gelaran bagi beliau dan generasi muda yang telah cuba meniru gerakannya.
Pada 1975 beliau mewakili pasukan bola sepak bola menentang gergasi Inggeris Arsenal FC. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia menang 2-0 dan Mokhtar telah menjaringkan dua gol Selepas permainan dikhabarkan Mokhtar telah ditawarkan untuk bermain dengan The Gunners.
Beliau mendapat 100 cap permainan ketika menentang Jepun di Pesta Bola Merdeka pada tahun 1976. Beliau juga pernah bermain menentang Boca Juniors yang turut diwakili Maradon pada bulan Januari 1982.
Mokhtar Dahari bersara Mei 1986 selepas memenangi Piala FA, bersama Selangor Selain itu, beliau telah memberikan jersey nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
Mokhtar meninggal pada usia 37 tahun,akibat penyakit amyotrophic lateral sclerosis di Subang Jaya Medical Center (SJMC) pada pukul 8:25am 11 Julai 1991. Jenazahnya dikebumikan di Bukit Permai, Taman Keramat Permai ..Alfatihah

























